Pendapatan Sehari Tertinggi Google Adsense Semanjak 2004

Pendapatan Sehari Tertinggi Semenjak 2004 as of Hari ini 28 July, 2008… USD 58.57

Saya yakin dan percaya masih ramai lagi yang dapat lebih banyak dari ini.  Tetapi bagi saya, pencapaian ini amatlah begitu memberangsangkan.  Ini kerana pada bulan ini juga pendapatan google adsense saya buat pertama kalinya mencecah USD 1000.00 ++ per month.  Berikut ialah apa yang telah saya lakukan sehingga dapat meningkatkan pendapatan adsense hampir sebanyak 30% :

  • Daripada 8 websites tersebut saya hanya mengoptimize 2 websites, salah satunya ialah Offshore Oil & Gas website.
  • Saya telah mengubah kedudukan iklan dan mengurangkan links lain.  Utk kes Offshore Oil & Gas website saya meletakkan iklan 336×280 (Large Rectangle) dekat atas & 2 160×600 (Skyscraper) dekat sebelah Kanan.
  • 336×280 (Large Rectangle) dekat atas sekali kerana tempat tu adalah tempat pertama mata akan melihat.
  • 2 unit 160×600 (Skyscraper) di sebelah kanan, kerana kedudukan itu adalah tempat ‘terdekat’ dengan mouse.  Perhatikan bahawa sebelum user menggerakkan mouse, mouse pointer mereka selalunya berada di sebelah kanan skrin.
  • Perhatikan juga saya memilih warna biru untuk links iklan.

Hari ini adalah hari yang mengembirakan ketika saya meng’chek’ jumlah pendapatan adsense sebelum pi makan tengah hari (Ayam Kampung di Valedrom Cheras)… he he he…  Ini pula graf pendapatan adsense saya semenjak bergiat dengan adsense.  Graf ini menunjukkan pendapatan sehari…

Jumlah pendapatan sehari semenjak bermula dalam google adsense

Yang hijau tu pendapatan dalam USD.  Yang titik titik tu, pendapatan dalam Ringgit dengan anggapan tukaran sebanyak USD 1=RM 3.21.  Sekali lagi saya tegaskan, tiada niat untuk menunjuk-nunjuk.  Ini cumanya motivasi kepada sahabat- sahabat yang bergiat dalam google adsense.

Amat berharap agar tuan/puan juga dapat berkongsikan tips bagaimana meningkatkan pendapatan adsense.  Sebab saya sendiri pun baru belajar.