Panduan Belajar Google Adsense

Panduan Jujur & Lengkap Belajar Jana Pendapatan dengan Google Adsense

Sulaiman Sabur

Sulaiman Sabur Google Adsense PublisherSaya dalam usaha utk sentiasa mengupdate web ini dan ingin berkongsi pengalaman saya dengan anda.  Kalau anda tanya kenapa saya ingin berkongsi pengalaman… Motivasi saya tidak lain dan tidak bukan adalah kerana sedih melihat kawan kawan serumpun yang banyak berbelanja beli ebook tapi satu pun tak menjadi.  Ramai yang berputus asa.  Atas dasar itu, saya perlihatkan pendapatan saya dari Google Adsense sebagai Mangkin motivasi anda utk meneruskan kegiatan ini.  Tiada niat utk menunjuk-nunjuk.  Ini hanya hobi, Gaji lebih signifikan (Offshore Oil & Gas)

Di atas gambar control panik ketika lawatan first time ke rumah Mertua

Di Bawah ni tips spontan saya utk semua

Tip 1.

Jangan Putus asa.  Untuk mengekalkan anda sentiasa bermotivasi, saya berkongsikan SnapShot Pendapatan Adsense sayasetiap bulan.  Bukan nak berlagak or bermegah-megah tapi semoga ianya menjadi sumber motivasi anda.  Saya amatlah yakin ada ramai lagi orang lain yang lebih terror dari saya.  Kalau baca the way depa promote ebook depa, boleh jadi jutawan le …

BUKAN SENANG NAK MENJADI SENANG!

Tip 2.

Information overload atau terlalu banyak informasi boleh membunuh produktiviti anda.  Anda sibuk mencari cara-cara belajar menyebabkan anda lupa untuk belajar! – Tanya diri anda- kalau ini berlaku pada anda, stop sekarang.  Bertindaklah dan PRAKTIKKAN ilmu yang anda ada semampu mungkin!

TAK PAYAH NAK JADI PERFECT!

Tip 3.

Konsistent.  Buat masa ni, target satu post satu hari utk blog anda.  Kepada mereka yang sudah bekerja, target le satu post setiap hari.  Kepada yang masih student tu, kurangkan main games, buatlah seberapa banyak post sehari. 

SATU UNIQUE CONTENT SETIAP HARI!

Tip 4.

Buatlah Benda Berfaedah.  Kurangkan main video games, kurangkan surf web yang tak berpaedah, kurang buat benda yang tak berfaedah.  Convertkan minat anda kepada sesuatu yang lebih berfaedah.  Saya kalau dulu, main games memang gila, sampai tak tidur.  Warcraft, starcaft, Need for speed, Championship Manager dsb… buang masa!!! Baik belajar benda yang berfaedah.  Kalau google adsense, insya Allah datang le gian dia nanti.

JANGAN BUANG MASA

Buat masa ni, berpeganglah kepada tiga tip ini.  Insya Allah anda akan berjaya.

BTW, kalau anda perhatikan, saya ada menjual buku dari JOEL COMM tentang Google Adsense.  Buku tu berharga USD 9.95  (dlm proses nak membeli tu dia akan try jual benda benda lain… buat masa ni Abaikan promosi tu, beli buku Adsense Secret 4.0 je).  Itu adalah buku terbaik bagi saya dan percaya atau tidak, itu adalah the only book yang aku beli berkenaan Google Adsense.  Mungkin ada buku lain yg lebih hebat, wallahu alam, tapi bagi saya JOEL COMM adalah Authority bagi keyword Google Adsense dalam kamus hidup saya.

Sebenarnya informasi boleh diperolehi secara percuma di internet.  Tapi dengan membeli ebook, pembelajaran anda lebih teratur.  Terus terang saya katakan, jangan beli apa-apa ebook tanpa membuat research.  Kalau tidak anda akan kecewa dan menjadi mangsa penipuan.

Sulaiman Sabur BELUM jadi JUTAWAN Adsense

Lagi Info Berguna

The Only E-Book yg Aku Beli & juga Best Seller dekat New York.


AdSense Secrets

7 Responses

  1. serangin

    August 1st, 2008 at 11:17 pm

    1

    salam,

    memang benar sungguh apa yg saudara kata, ebook melambak namun support yang diberi amat mengecewakan

  2. mali

    August 18th, 2008 at 9:29 am

    2

    saya pun ada beli jugak ebook ni. kadang2 info tak lengkap,tergantung la. kekadang frust gak la….harap bro boleh bg panduan sikit.
    tengok bro punya panduan ni ada kejujuran & keikhlasan utk membantu.
    frust tengok apa yg bro kongsikan kat sini sy terpaksa beli ebook utk dptkannya. tapi kat sini saya boleh dpt free je. tq bro.

  3. fahmi

    January 13th, 2009 at 12:19 pm

    3

    alhamdulillah….saya dah dpt $0.02 yg pertama..seronoknya….

  4. Bahri

    January 17th, 2009 at 4:14 pm

    4

    Assalamualaikum,

    Bali-bola, agak lama belayar pusing keliling dunia, tup-tup terdampar di blog ini, teliti punya teliti…. Laaa…. iko palek LA HOLEK, bali bola ku moa palek.
    Apapun selamat berbahagia. Kalau duit Adsense tu tak tahu mana nak simpan, bak mai aku tolong perabih. Salam

  5. sulaiman sabur

    January 20th, 2009 at 2:08 am

    5

    Pada idie pada elo, sipatuo sipatokkong.. he he he.. kepada yg tak paham tu,… tak de ape..

    apa pun selamat utk semua.

  6. mijio

    April 29th, 2009 at 5:29 am

    6

    salam bro…buku adsense secret 4 tu…sy da beli…tp xdapat buku seketul…
    kena download n baca pakai adobe…
    harga ni just buku ja atau cd sekali…
    tq

  7. Zeman

    July 23rd, 2009 at 9:53 am

    7

    As’kum saudara,

    Terima kasih saya ucapkan kerana saudara sudi luangkan masa utk membaca email saya ini. Saya ingin bertanya dan meminta sedikit ilmu dari saudara jika tiada keberatan dari pihak saudara.

    Saya sdh ada akaun adsense dan saya juga sdh tahu cara nak gunakan code adsense. Saya juga memiliki 3 laman blog yg br saya buat. Masalah saya ialah, hanya 1 saja yg berdaftar dgn adsense akaun dan 2 lg belum di daftarkan. Saya tidak tahu bagaimana utk mendaftar 2 blog itu. Bolehkah saudara tolong ajar saya cara2nya?

    Terima Kasih.

TrackBacks

Panduan Lengkap Belajar Google Adsense

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Leave a reply

Panduan jujur belajar Google Adsense dari saya Sulaiman Sabur. Semoga segala info yang saya berikan dapat membantu anda memulakan dan meningkatkan pendapatan Adsense anda. Saya sendiri pun masih belajar dan segala teguran, nasihat & tips dari anda amat saya hargai.


Dapatkan Update Terkini. Masukkan Email Anda: