05 Aug
Posted by Sulaiman Sabur as Panduan Belajar Adsense
En Azmir Talib, (Reply kepada comment beliau)
Hehehe… Gue sudah bagi lu 2 click… Kira hadiah le tu.. Anyhow, tahniah sbb berjaya dpt income sebanyak tu utk Adsense.. Gue do’akan moga2 rejeki lu makin murah disbbkan kebaikan hati lu utk sama2 kongsi tips2 ttg Adsense ni.. Wassalam…
Terima kasih kerana melawat web panduan belajar adsense ini. Tentang 2 clicks itu, rasanya adalah tidak adil kepada ADVERTISER sekiranya 2 click berkenaan di buat hanya semata-mata sebagai HADIAH. Berikut ialah penerangan secara detail (Panduan kepada semua).
Sebelum saya meneruskan penerangan, terlebih dahulu saya harap En. Azmir Talib tidak terkecil hati. Saya faham niat En. Azmir Talib, tetapi saya perlu memperjelaskan beberapa isu untuk memastikan Account Google Adsense saya tidak berada di dalam RISIKO kena Ban.
Sekiranya anda Masih ingin memberikan saya HADIAH, Boleh Donate melalui PayPal. Click dekat Buy Me $2 Coffee di menu sebelah kanan anda
Ketika mula mula menulis web Panduan-Belajar-Adsense.com ini, saya sebenarnya tidak melinkkan web ini ke web utama saya; Offshoreman.net. Ini kerana saya tidak mahu letakkan web Offshoreman.net di dalam posisi mengenerate Click yang tidak genuine. Akan tetapi, adalah tidak jujur bagi saya mengajar dan berkongsi pengalaman tentang Google Adsense tanpa berkongsikan sebahagian daripada website utama saya. Kerana tanpa contoh website dari saya sendiri, Panduan dan Tips yang saya tunjukkan seolah olah cuma ‘berlagak pandai’.
Ok, sekiranya selepas anda melawat web Panduan-Belajar-Adsense.com ini, dan masuk ke Offshoreman.net untuk melihat contoh dan menclick iklan hanya kerana sebagai hadiah, TOLONG JANGAN BUAT LAGI!. Kita sebagai Adsense Publisher harus menghormati Adsense Advertiser. Click yang tidak genuine seperti ini akan merugikan Adsense Advertiser. Sekiranya mereka rugi, kita sebagai Adsense Publisher juga akan rugi. Ini adalah simbiosis yang harus kita faham dan terapkan di dalam hati. (Saya harap click dari En. Azmir Talib itu Genuine Click).
Ok, mari kita bezakan antara genunine Click dengan Non-Genunine click.
Non-Genuine Click oleh Pelawat Website anda
Genuine Click Oleh Pelawat Website Anda
Saya cukup yakin dan percaya Click yang di buat oleh En. Azmir Talib adalah click yang GENUINE. Untuk itu saya berterima kasih.
Pesanan Akhir kepada anda semua termasuk diri saya sendiri, sekiranya selepas ini anda masuk ke Offshoreman.net dan ingin melihat contoh kedudukan/bentuk iklan di sana, tolong jangan suka-suka click dekat iklan di sana. hanya click jika click anda tergolong dalam kategori Genuine Click.
Sekiranya click itu hanya sebagai click hadiah, tolong jangan buat lagi. Perbuatan seperti ini meletakkan akaun google adsense saya di dalam BAHAYA. Sekiranya saya mendapati ada kegiatan seperti ini dan berlaku sudden Surge dalam click iklan saya, saya terpaksa mengambil langkah selamat dengan menutup website Panduan-Belajar-Adsense.com ini demi menjaga masa depan Akaun Google Adsense saya. Saya harap kita semua faham kedudukan saya.
Sebagai penggiat Google Adsense kita semua harus faham dan tanamkan dalam hati, Program Google Adsense bukanlah program cepat kaya. Layanlah Program Google Adsense ini sebagai satu perniagaan dan kita berniagalah dengan jujur.
Google Adsense Publisher Simbiosis Dengan Google Adsense Advertiser

Lagi Info Berguna
Bagaimana saya Meningkatkan Pendapatan Google Adsense sebanyak 30%
Cara Promosi Website/Blog menggunakan Friendster.
AMARAN!
Snapshot Pendapatan Adsense Bulan July 2008
FAQ : Berapa Banyak Website Yang Ko Buat utk Capai Pendapatan ni?
Pendapatan Sehari Tertinggi Google Adsense Semenjak April 2004
Step ASAS Panduan Belajar Adsense
Step 2 – Asas : Mendaftar Akaun Google Adsense
Kenapa tak Update ?!!!
Panduan Lengkap Belajar Adsense
Step 1 – Asas : Persediaan Sebelum Mendaftar Akaun Google Adsense
Sulaiman Sabur
Step 3 – Asas: Memasukkan Kod Adsense Ke dalam BLOG/Website anda.
FAQ : Bagaimana ‘Mencari’ Masa utk Google Adsense?
Bagaimana aku Berjaya Memohon Akaun Google Adsense
The Only E-Book yg Aku Beli & juga Best Seller dekat New York.
27 Responses
Azmir Talib
August 5th, 2008 at 7:21 pm
1Hehehehe… Mana ada saye buat falseclick… Gegurau je tu.. Don’t worry, saye tau perkara2 yg membahayakan dlm Adsense ni… Takkan le nak sabotaj org lain punye… Huhuhu… Anyhow, sorry yek sbb bikin saspen… Hmm, tapi rase2nye ada jugak click kot.. Tapi bkn sbb simpati, sbb mmg nak tgk pun itu iklan… Genuine click punye.. Hohoho… Jgn risau… Rilekss brooo…
Sulaiman Sabur
August 6th, 2008 at 1:02 am
2Lega kalau mcm tu… Anggaplah semua ini pengajaran kepada Adsense Publisher di Malaysia & Indonesia… Ini kerana masalah click fraud di negara kita (Kedua-duanya) memang tinggi dan senantiasa berada di radar Google.
Anggaplah website ini sebagai satu medium untuk MENDIDIK para Adsense Publisher Malaysia/Indonesia kearah yang betul. Kita tak mau kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
JELAS En. Azmir Talib adalah seorang Adsense Publisher yang GENUINE dan beliau paham MINDSET Adsense Publisher yang sebenar. Semoga ramai lagi orang seperti Beliau…
JADILAH ADSENSE PUBLISHER YANG BAIK!
hanori
August 8th, 2008 at 6:46 am
3assalaamualaikum, bagaimanakah cara promosi yang baik selain menggunakan SEO?
anda sendiri dapat masa dari mana saja?
hendri
August 16th, 2008 at 7:39 am
4Mr. Sulaiman tolong saya, bagaimana cara memasukan kode adsense ke blog wordpress?
tolong penjelasanya ke email saya secara detail.
the_realman06@yahoo.co.id
mali
August 18th, 2008 at 8:42 am
5saya tanya pendpt saudara. untuk tujuan adsense mana yg lebih sesuai utk buat blog. menggunakan wordpress.com atau blogger.com?
awien
August 20th, 2008 at 2:35 pm
6assalamualikum mr sulaiman,
boleh sy tahu bgaimana untuk membina blog dan meletakan adsense code? dimane kite boleh membina laman web?gune wordpress atau blogger? dan juga mcmane nak optimise web yg kite buat dan mendptkan traffic?
ingin tahu,
awien
Sulaiman Sabur
August 21st, 2008 at 1:23 am
7Hendri,
Memasukkan Code amat mudah dengan wordpress. Just guna Widget, pilih text/html dan copy code tersebut masuk ke dalam Widget berkenaan.
Mali,
Guna Blogger.com. Ia di punyai oleh google dan saya yakin dan percaya ia mendapat tempat yang lebih khusus di search engine Google. Kalau ada modal, beli domain sendiri.
Awien,
Guna Blogger.com. Di bahagian Control Panelnya ada diterangkan bagaimana nak masukkan iklan. Utk menjana trafic, secara permulaannya dan cara paling basic ialah, just Tambahkan content website anda satu setiap hari (Minimum). Di Blogger.com, kebanyakkan rasanya dah optimize utk search engine. Concentrate dekat pengisian dahulu…. bila dah ada banyak content, nanti saya terangkan benda benda lain yang second priority…
Semua,
Maaf kerana lambat reply. Dua minggu lepas saya sibuk membuat sprinkler utk kawasan rumah dan sangat malas masuk internet. Nak lari sekejap dari internet… Tapi yang menariknya tentang adsense ni, walaupun tak masuk internet, tapi pendapatan tetap ada. Jadi berMotivasilah utk terus berkecimpung di dalam dunia Adsense ini…
catzer
September 10th, 2008 at 7:58 am
8Saya suke mendengar org menekankan ayat quality is much better than quantity. Sypun dulu gile buat site byk2 tp takde quality pun..skang ni tinggal 3 sites jerk yg betul2 buat duit dr adsense tp tak konsistent lagi. Lagi malang, 2 sites kena hacked plak kelmarin. So skang tgh uploadkan balik..
Kepada kengkawan yg perlukan perkhidmatan membina blog wordpress bolehlah rujuk servis sy disini, maaf bro promote skit nak tolong mereka yg belum bermula apa2 lagi, kalau tangguh lagi tak guna just baca jerk blog:
http://catzer.com/download/
Actually sy graduate chem engine tp tak dpt peluang keje lagi. So sedikit sebanyak kalau ke blog bro dpt buat sy tersenyum..sape kata engineer tak suke blogging
lutfee
September 11th, 2008 at 12:43 am
9salam..
saya br sampai kat blog nih.. saya sgt tertarik dgn cara en sulaiman ni berkongsi ilmu mengenai adsense. dan saya rasa dlm byk2 org yg kata berkongsi ilmu mengenai adsense, saudara jer yg tunjuk web.
ini memberikan contoh yg baik bagaimana nak buat adsense yg baik..
Sulaiman Sabur
September 11th, 2008 at 4:48 am
10CatZer,
Biasa le… selalu perasaan TAMAK memang menjadi salah satu cabaran dalam dunia google adsense ini. Nampaknya ramai juga yg mcm saya… Dulu Pentingkan Kuantiti… Tapi based on my on experience… Quality lagi penting. Tapi jujurnya, ada juga yang berjaya jana pendapatan yg banyak dengan Kuantiti Average Website yang banyak. tapi rasanya foundation web mcm ni tak solid dan tidak bertahan lama. Wallahu Alam.
Note : Tentang nak promote web anda tu… tak ada hal. Asalkan website berkenaan bersesuaian… Sama sama membantu mempromo…
LutFee,
Kalau ikutkan hati, memang nak tulis banyak banyak. Tapi masa terhadap komitment lain amat mencabar perancangan. Tapi from time to time Insya Allah akan saya tulis. Malah saya juga berharap agar anda menulis dan berkongsi pengalaman di sini.
edjuta
September 11th, 2008 at 5:24 pm
11assalamualaikum en sulaiman…tahniah krn berjaya menghasilkan blog yg begitu menarik dan berinformasi…saya amat tertarik sekali cara bagaimana en.sulaiman berkongsi informasi berkaitan dengan manjana wang adsense..saya pun adalah masih dlm kumpulan newbie jugak.. saya baru jer join adsense jan 2008..harap 2 apa yg en.sulaiman paparkan disini akan saya ambilkan sebagai panduan..semoga allah memberi keizinan kepada en.sulaiman utk menyebarkan informasi yg berguna ini kepada peminat2 adsense dan blogger.
Sulaiman Sabur
September 12th, 2008 at 8:38 am
12edjuta,
Terima kasih kerana melawat web ini. Diharap ianya dapat membantu anda dan semua belajar dan meningkatkan pendapatan adsense. Tahniah kepada anda kerana menceburkan diri dalam bidang ini.
Ini adalah salah satu cabang menjana pendapatan yang amat murah modalnya.
Note : next time kalau tinggalkan komen (kat mana mana website pun) jgn lupa masukkan link website anda. secara tidak langsung boleh membantu mempromosi web anda sendiri.
edjuta
September 14th, 2008 at 3:26 am
13ya en sulaiman,memang menjana adsense nie tidak perlukan modal yg besar pun,perlukan kesungguhan dan kesabaran yang tinggi. saya amat teruja setelah melihat income en.sulaiman dari beberapa bulan yg telah tertera di web ini…boleh tak en.sulaiman kongsikan sedikit..klu bnyk lagi bagus berkaitan cara promosi yg digunakan oleh en sendiri..berdasarkan pengalaman en…
boleh tak saya nak menhubungi en dgn YM(yahoo masenger)??
Zakaria
September 25th, 2008 at 4:14 am
14Saya dah buat blog dan telah letakkan iklan google tapi masih lagi gagal menjana income. Hanya 23 sen saja….tak tau lagi macam mana nak buat…boleh tolong?
Sulaiman Sabur
September 26th, 2008 at 2:46 am
15edjuta,
Cara Promosi yg saya gunakan. saya akan cover secara detail di post yg akan datang. dlm proses menaipnya sekarang ni.
Zakaria,
Perkara yang anda perlua buat.
1. Perbanyakkan UNIQUE content. Search engine suka ni.
2. Optimize blending iklan adsense anda. Gunakan Link color biru, background putih.
3. Buat promosi.
j_hafiz
December 22nd, 2008 at 8:14 pm
16salam. en sulaiman ade x teknik pricing? jd ads yg kuar 2 yg mahal2 je…
saye sdg mcari nih..nk mcuba tknik 2
EddyBiz
February 26th, 2009 at 2:43 pm
17Pak Cik Sabur … salam kenal … saya eddy dari Indonesia … saya senang bisa membaca tulisan Pak Cik walau ada kendala sedikit perbedaan dengan bahasa saya …
saiful
March 7th, 2009 at 12:33 pm
18Salam bro Sulaiman,
bila post baru nak kluar? dah tak sabar nak tunggu nie..
ANNA
March 20th, 2009 at 6:10 am
19terima kasih atas tunjuk ajar. saya telah berjaya meletakkan google adsense saya di blog. tapi saya tertanya-tanya ni blurrrr !! bagaimana en. sulaiman letak 2 google adsense di laman web yang sama.. satu yang bewarna orange dan biru …
boleh saya tahu.
terima kasih sekali lagi.
cSulo
April 8th, 2009 at 3:10 pm
20Assalamualaikum, tak sangka melalui pembacaan saya di web ini, saya mendapat suatu dorongan untuk mencuba dan akhirnya berjaya meletakkan addsense di blog saya. Walaubagaimanapun saya masih belum mendapat sebarang pendapatan. Tak kisahlah, yang penting percubaan saya berjaya dan setidak-tidaknya saya tergolong dalam golongan addsense publisher… ye ye… skali lagi tq.
Man Bulat
May 7th, 2009 at 3:11 am
21Hi Olet, selama ni aku dok cari kot2 ada member kat internet baru ni aku jumpa website hang. Baguih la penulisan hang pasal adsense ni. Contact aku bleh pekena teh tarik…
razak
June 5th, 2009 at 6:26 am
22kalu guna free artcicle tu tak kena ban ker….mcam ezine tu.sebab kan banyak copy.selamat ker ker kalu guna…
oasis1984
June 20th, 2009 at 5:03 am
23Great Articles…. Thank.
Iqone_Dinie
October 4th, 2009 at 10:02 am
24Salam sedara sulaiman sabur…terlebih dulu saya nak ucap tahniah dulu atas usaha yang anda dah lakukan sekarang..ilmu yang ditulis sungguh ikhlas hanya untuk membantu orang2 yang memerlukan.Memang ramai yang berminat tentang google adsense nie termasuk lah saya,cume yang menjadi masalah sekarang ialah banyak info tentang adsense nie hanya dalam BI.susah sangat nak cari info yang dalam BM..kalo ade pon sekerat2 je..Ape pun teruskan usaha anda tue ye sulaiman..tahniah lagi sekali saya ucapkan pada anda…Saya nak blog nie terus berjalan selagi ada yang memerlukan…Selamat maju jaya…
lee24
October 10th, 2009 at 7:50 am
25Salam..
saya baru terjumpa blog anda. sangat menarik!! terima kasih atas info2 yang telah anda berikan. sangat berguna.. harap dapat membantu org baru belajar adsense..
saya sudah 2 tahun belajar adsense ni tapi masih belum dapat hasil lagi.. asyik kena tipu je. beribu duit saya terbang,harap sulaiman sabur dapat membantu saya.. tolong ajar untuk mendapatkan lebih pendapatan adsense..
Nabieel SR
February 6th, 2010 at 9:49 am
26Bro tak nak update blog lagi ke?
TrackBacks
Panduan Lengkap Belajar Google AdsenseAnda Meletakkan Akun Google Adsense Saya Dalam BAHAYA! | website herisetiawan - web sosial bookmark rss sederhana
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply
Panduan jujur belajar Google Adsense dari saya Sulaiman Sabur. Semoga segala info yang saya berikan dapat membantu anda memulakan dan meningkatkan pendapatan Adsense anda. Saya sendiri pun masih belajar dan segala teguran, nasihat & tips dari anda amat saya hargai.
Quick & Dirty
Adsense Publisher
Buy Me $2 Coffee
Kategori Adsense
Satu2Nya Buku yg. Aku Beli
Recent Adsense Posts
From Experienced Adsense Publishers
Kaji Sebelum Beli. Hanya Ini yg Aku Beli
Panduan Belajar Google Adsense is proudly powered by WordPress - BloggingPro theme by: Design Disease